Kutip Tin dan Botol Terpakai, Selongkar Tong Sampah Demi Sesuap Nasi




Mak Cik Sabariah kini berusia 60 tahun. Berbekalkan kudrat tua yang ada, hidupnya ditampung dengan menjual tin-tin dan botol yang dikutip.
Mak Cik Sabariah mempunyai basikal yang dibawanya untuk bergerak ke mana-mana
Derita bertambah lagi, apabila Mak Cik Sabariah disahkan menghidap tibi tulang yang menyukarkan dia berada dalam tempoh yang lama di atas basikal. Seterusnya, mengehadkan bilangan barang-barang terpakai yang dapat dikumpul

Hanya Berbekalkan RM20 untuk tanggung keperluan seharian
Begitu berat perjuangan Mak Cik Sabariah di usianya yang sudah lanjut. Sudahlah hidup

sebatang kara, dia mencuba bertahan hidup dengan mengumpulkan tin dan botol terpakai yang dia jumpai di jalanan dan tong sampah.

Sungguh menyedihkan, dalam menjalani kehidupannya yang “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, Mak Cik Sabariah tidak terlepas dari berjalan sejauh 10 KM. Inilah jarak yang dilalui oleh tubuh tua ini setiap hari semata-mata memastikan perutnya terisi.



Penuhi Keperluan Mak Cik Sabariah Bersama MyFundAction

Projek Rezeki Ummat, RU merupakan projek MyFundAction untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah. Kami sentiasa konsisten menyampaikan manfaat buat rakyat Malaysia yang terbeban dengan kos perbelanjaan harian yang semakin melambung tinggi.



TERIMA KASIH #JIWABAIK  KONGSI REZEKI DENGAN MEREKA!



Antara gambar-gambar edaran kotak Rezeki Ummat yang telah dijalankan: 






=============================

Apa kita usahakan bersama mungkin tidak dapat keluarkan Mak Cik Sabariah terus daripada kemiskinan. Minima dapat menjamah sepinggan nasi, dah cukup bersyukur dan berterima kasih.


Jom Jiwa Baik, ringankan bebanan yang ditanggung  Mak Cik Sabariah. Moga dengan kebaikan kita, Mak Cik Sabariah terlepas dari kesusahan mencari sesuap nasi

Baca lanjut : Setiap transaksi yang memenuhi syarat layak menerima pengurangan cukai


Disclaimer:

1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
REZEKI UMAT RM 200
REZEKI UMAT RM 100
REZEKI UMAT RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090