Tak Mampu Beli Bot: Penduduk Pulau Jambongan Perlu Bayar RM400 Untuk ke Hospital!

Tak Mampu Beli Bot: Penduduk Pulau Jambongan Perlu Bayar RM400 Untuk ke Hospital!

Bayangkan seorang ibu yang nak bersalin tinggal di kepulauan terpencil, jauh dari tanah besar dan satu-satunya pengangkutan untuk berhubung ke lokasi lain adalah melalui bot.

Hospital yang paling terdekat pula terletak dalam anggaran 2 jam perjalanan. Tetapi si suami tidak memiliki bot kerana tidak mampu.


GAMBARAN jarak dari Pulau Jambongan ke Hospital Beluran

Jadi dia terpaksa menggunakan bot tambang dengan harga RM300 hingga RM400. Sama dengan gaji bulanannya sebagai seorang nelayan. 

Begitulah situasi penduduk Pulau Jambongan, Sabah yang serba kekurangan. Pengangkutan merupakan masalah paling besar buat mereka terutamanya ibu mengandung dan pesakit-pesakit kritikal yang memerlukan rawatan kerap di hospital. 

Akhirnya mereka memilih rawatan tradisional yang dibimbangi mampu memberikan risiko kepada pesakit dan ibu mengandung.


PULAU Jambongan dari udara. - Foto Juzaimie Jazlan, Berita Harian

Bagaimana pula nasib pelajar di sana? Ramai di antara mereka yang terpaksa membatalkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ekoran kos pengangkutan yang terlalu tinggi. 

Kasihan melihatkan nasib anak-anak yang berpotensi terpaksa melupakan impian mereka untuk berjaya. Mereka tiada pilihan selain meneruskan pekerjaan bapa mereka sebagai seorang nelayan.

Begitulah kitaran hidup mereka sejak dulu lagi. Masihkah ada peluang untuk mengubah kitaran hidup mereka?


Tanpa kemudahan pengangkutan, aktiviti sosial-ekonomi di sini sangat terhad kerana penduduk kampung tidak dapat memasarkan hasil tangkapan mereka ke kawasan lain. Seterusnya membataskan peluang mereka untuk peroleh pendapatan yang lebih.

Pelawat dari luar juga turut mengahadapi kesukaran untuk melawat pulau Jambongan ekoran kos perjalanan yang sangat tinggi. Keadaan ini tentunya menyukarkan peluang perniagaan buat penduduk tempatan.


Ayuh Berikan Sinar Harapan Buat Mereka Dengan Wakaf Bot Bersama MyFundAction!

Simpati dengan nasib saudara kita di Pulau Jambongan, kami berbesar hati ingin mengajak anda untuk menghadiahkan sebuah bot khas bagi kemudahan mereka. 

Inisiatif ini dapat memanfaatkan ramai golongan terutamanya golongan yang sangat memerlukan seperti:
  • Ibu mengandung
  • Pesakit Kronik
  • Warga Emas
  • Pelajar

Golongan ini dapat menggunakan khidmat bot wakaf secara PERCUMA!



    Selain golongan di atas, kumpulan lain juga boleh mendapatkan manfaat bot ini, antaranya:
    • Pekerja yang berkhidmat di Pulau Jambongan (Guru/Jururawat/Polis)
    • Pelawat yang ingin melawat Pulau Jombongan

    Golongan ini hanya perlu membayar RM50 sahaja, jauh lebih murah berbanding kos bot tambang sedia ada!


    KAMPUNG di Pulau Jambongan, Sabah. - Foto Juzaimie Jazlan, Berita Harian

    PROJEK BOT TAMBANG PERTAMA PULAU JAMBONGAN


    1. Bot Fiberglass (30ft X 7ft - Jaminan ketahanan fizikal 5 hingga 10 tahun)

    2. Enjin (Spec 150hp X 2 unit 4 stroke)

    3. Sistem Navigasi, Traller dan Jaket Keselamatan


    InshaaAllah diharapkan dengan adanya bot wakaf itu nanti dapat membantu dan memudahkan urusan seharian mereka.


    Didoakan semoga lebih ramai pesakit kronik boleh mendapatkan rawatan di hospital selepas ini. Ibu-ibu mengandung juga tidak perlu lagi risau untuk bersalin di hospital. Tiada lagi isu pelajar tidak dapat meyambung pelajaran mereka dan mudah-mudahan ekonomi penduduk pulau ini semakin berkembang!


    Buat anda juga yang berwakaf, tiap kali ada orang di dalam kesusahan yang menggunakannya, anda turut peroleh ganjarannya selagi bot masih beroperasi.


    “Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”

    (Surah Al-Baqarah – Ayat 261)





    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    PILIHAN SUMBANGAN

    Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
    Wakaf 10 Bahagian 500
    Wakaf 6 Bahagian 300
    Wakaf 2 Bahagian 100
    Wakaf 1 Bahagian 50
    SEIKHLAS HATI
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PENYUMBANG

    BUTIRAN SUMBANGAN


    Maklumat Organisasi

    MyFundAction
    info@myfundaction.org
    +60162341090