Terputus dari Dunia Luar: Wakafkan Bot untuk Pulau Terpencil di Sabah

Terputus dari Dunia Luar: Wakafkan Bot untuk Pulau Terpencil di Sabah

Ribuan saudara kita di Pulau Jambongan terpisah disebabkan jarak serta lautan biru. Hospital, klinik kesihatan, institusi pendidikan serta tempat untuk mendapatkan barang keperluan, letaknya jauh berbatu-batu.



Andailah yang memisah bukan lautan biru, nescaya mereka akan mengerah segala kudrat yang ada untuk sampai ke tempat yang dituju. Tapi sayang, yang memisah bukan sekadar daratan biasa, tetapi lautan bergelora.

Tanpa bot, tidak bergeraklah mereka. Ibu-ibu mengandung yang sudah mahu melahirkan, pesakit-pesakit kritikal yang memerlukan rawatan berkala, anak-anak pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran, mereka-mereka inilah yang gusarnya paling besar setakat ini.


Kos untuk menyewa bot hari ini sekitar RM300-RM400. Sama harganya dengan pendapatan bulanan mereka yang rata-ratanya adalah nelayan.



Sebab itu kewujudan bot tambang (percuma untuk 4 golongan ini - Wanita mengandung, pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala,  Pelajar terutamanya menengah atas dan IPT, p enduduk miskin tegar) sangatlah dinanti-nantikan mereka. Banyak masalah serta kegusaran yang dapat diselesaikan asbab kewujudan bot tambang ini nanti.


PROJEK BOT TAMBANG PERTAMA PULAU JAMBONGAN


1. Bot Fiberglass (30ft X 7ft  -Jaminan ketahanan fizikal 5 hingga 10 tahun)

2. Enjin (Spec 150hp X 2 unit 4 stroke)

3. Sistem Navigasi, Traller dan Jaket Keselamatan


Atas dasar kemanusiaan, jom jiwa baik, kita wakafkan bot buat saudara-saudara kita di Pulau Jambongan ini  sebagai tanda kasih sayang kita buat mereka.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf 10 Bahagian 500
Wakaf 6 Bahagian 300
Wakaf 2 Bahagian 100
Wakaf 1 Bahagian 50
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090