Ramadan 2025


 Bayar Fidyah





Apa yang dimaksudkan dengan Fidyah?

Fidyah ialah bayaran  yang dikenakan  bagi  seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.


Hukum Membayar Fidyah


Fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. 
Jika tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT. 


Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Boleh ke nak bayar Fidyah sekarang? 

Dibolehkan. Ulama bersepakat bahawa fidyah perlu dibayar sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Seeloknya jangan bertangguh supaya nilainya tidak berganda pada tahun-tahun berikutnya. 


Semua orang ke perlu bayar Fidyah?

Fidyah dikenakan hanya ke atas  golongan-tertentu.  Antaranya:




Pengiraan Fidyah

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

7Hari x RM4.00 = RM28.00


Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00




Kita dah tahu apa itu Fidyah. Jadi, apa kita tunggu lagi? Ayuh tunaikan kewajipan dan langsaikan hutang Fidyah kita bersama MyFundAction. Jangan tangguh sehingga bertahun-tahun. 

Setiap Fidyah yang dibayar akan disalurkan dalam bentuk barangan makanan asas (Rezeki Ummat)  untuk diberikan kepada fakir dan miskin yang memerlukan.

Alhamdulillah, hasil fidyah yang telah dibayar sudah diagihkan kepada penerima manfaat. Kami ingin mengajak anda tunaikan fidyah sempena tahun baru Hijrah ini untuk berkongsi rezeki kepada lebih ramai penerima di luar sana.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
FIDYAH - Bilangan Hari Tidak Berpuasa X RM4.00 (Kadar Fidyah)
Kongsi Rezeki
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090