Penyakit saraf kronik gugat masa depan Adik Ayra
Besarnya ujian keluarga Encik Daniel apabila anak bongsunya Ayra Sumayyah disahkan menghidap penyakit kronik 'Spinal Muscular Atrophy' atau penyakit saraf yang melemahkan otot tubuh badan.
Sejak umur Ayra 2 bulan lagi, tubuh badannya terasa lembik dan pernafasannya sangat laju.
Kata doktor, Ayra terpaksa bergantung kepada tiub dihidung untuk minum susu kerana ototnya tidak mampu mencerna susu.
Tapi selepas umurnya 2 tahun, Ayra tidak lagi minum melalui hidung. Sebaliknya perutnya perlu dibedah untuk dimasukkan tiub.
Lebih menyayat hati, seminggu selepas pembedahan itu, Ayra terkena jangkitan teruk
sehingga menjejaskan pernafasannya dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan (BIPAP) untuk bernafas.



Bagi ayah Ayra yang hanya seorang peniaga makanan kecil-kecilan, beliau tak mampu menanggung kos bulanan susu dan lampin Ayra.
Lagi pula, mesin yang digunakan sekarang adalah sewaan saja. Untuk membeli mesin tersebut, kos yang diperlukan adalah melebihi RM30,000.
Penyakit ini tiada penawar dan jika ianya tidak dirawat segera, ada risiko untuk menjadi lebih parah. Dan mungkin saja membawa kepada MAUT...
- Jangkitan organ pernafasan"
- Paru-paru mengecut
- Otot melemah dan tidak mampu bergerak sendiri
Ayra perlukan sokongan segera daripada kita !!
Alhamdulillah, MyFundAction dengan kerjasama MyHeart berhasrat untuk meringankan beban keluarga Adik Ayra dari segi kos barangan keperluan rawatannya.

1) MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Ayra Sumayyah untuk menjayakan Tabung Rare Disease untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Ayra Sumayyah dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.