Bayi Menderita Penyakit 'Pelik',
Ubat Penyambung Nyawa RM30,000 Sebotol!

Disangka minum susu yang tidak sesuai, rupanya menderita penyakit jarang jumpa. Doktor sarankan pengambilan ubat khas atau nyawa Baby Prince menjadi cagaran.



Vai Raaj Prince menghidap penyakit Propionic Acidemia, di mana tubuhnya tidak boleh mengambil protein secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kerosakan organ dan turut membawa maut.

Simptom awal yang dialami tiada siapa menjangka membawa kepada penyakit yang serius. Muntah dalam kuantiti yang banyak selepas minum susu, cepat letih dan tidur berterusan sehingga tidak mahu minum susu.

Bahkan berat Baby Prince pernah turun mendadak sehingga ‘tinggal rangka’ kerana lahir dengan berat 2.8kg turun menjadi 1.2kg!

Keadaan Semakin Kritikal



Setiap kali Baby Prince jatuh sakit, keadaannya akan menjadi sangat parah. Lebih buruk daripada yang pernah dibayangkan. Sewaktu berusia 5 bulan, dia terpaksa dikejarkan ke ICU akibat jangkitan kuman sehingga badannya bertukar kehitaman seperti kesan terbakar dan keguguran rambut.

Baby Prince perlu dipantau dengan penuh perhatian, kerana tubuhnya yang lemah terlalu mudah dijangkiti. Kerisauan tidak pernah surut bagi kedua ibu bapanya, bimbang sejarah pahit itu akan berulang jika dibiarkan tanpa rawatan rapi.



Beban Kewangan Kian Terasa


Kini Baby Prince hanya dapat minum susu menggunakan mesin perfusor untuk mengawal had susu supaya tidak mengambil protein berlebihan. Setiap feeding bag seharusnya digunakan sekali sahaja demi kebersihan dan keselamatan, namun kos yang tinggi memaksa mereka menggunakannya berulang kali, walaupun sedar risiko yang diambil.

Beban kewangan semakin terasa. Setiap bulan, mereka berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan Baby Prince, menanggung sendiri semua kos pengangkutan dan penginapan. Perjalanan yang jauh ini memakan kos, namun mereka tiada pilihan.

Lebih membimbangkan, Baby Prince memerlukan ubat penting untuk mengawal simptom penyakitnya.



Baby Prince perlukan ubat khas iaitu Carglumic Acid yang berharga RM30,000 untuk sebotol dan perlu diambil setiap hari. etiap biji ubat ini dianggarkan bernilai sekitar RM500!

Tanpa ubat ini, Baby Prince akan berdepan dengan risiko serius. Dalam jangka panjang, mungkin boleh menyebabkan kerosakan otak, koma, atau bahkan mengancam nyawanya. Jom JiwaBaik, cukupkan keperluan kos Baby Prince.

Berikut merupakan kos keseluruhan yang diperlukan keluarga Baby Prince:

KOS KEPERLUAN RM 36,000

Ubat Khas (Carglumic Acid) RM30,000
RM250/bahagian

Pampers dan Susu Khas RM3,000
RM100/bahagian

Feeding Bag RM 3,000
RM50/bahagian

*Bantuan berterusan selama 6 bulan

Baby Prince Merupakan Satu-satunya Anak Mereka.
Ayuh Ringankan Beban Sebagai Sokongan Moral Buat Mereka!

Mereka juga berhak merasai kebahagian memiliki anak yang sihat dan sempurna.

Disclaimer:

1)  MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit. Surat akaun persetujuan: Beneficiaries Agreement and Confirmation Form Prince

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Ubat Khas RM250/bahagian
Pampers dan Susu Khas RM100/bahagian
Kos Feeding Bag RM50/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090