JUMLAH TERKUMPUL

RM32,967
*jumlah terkumpul setakat 14/07/2023

BAKI DIPERLUKAN

RM4,333

URGENT! Kami masih memerlukan sokongan anda untuk menyelamatkan nyawa seorang lagi pesakit bayi yang menghidap jantung dan memerlukan pembedahan segera. Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut





Disangka kelahiran yang gembira, rupanya yang menanti adalah khabar duka...

Anak sulung, 17 tahun, anak kedua 13 tahun. Lepas berbelas tahun, Puan Nurzalina dan suami mendapat berita gembira. Keluarga mereka akan jadi makin besar. Mereka bakal mendapat anak ketiga!

Alhamdulillah, Adrea yang dikandungkan, lahir normal sempurna. Tapi siapa sangka, kegembiraan menimang cahaya mata baru itu tidak kekal lama.



Selang beberapa jam, ibunya perasan ada yang tidak kena apabila dia cuba memberi susu tapi anaknya muntah coklat.

Bukan sekali, malah berkali-kali.

Setelah pemeriksaan dan melakukan ujian 'echo', rupanya Adrea mempunyai 2 lubang dijantungnya sebesar 0.6cm.



Anak syurga ini baru sahaja nak dapat melihat dunia tapi sekarang, bila-bila masa boleh tidak bernyawa.

Adrea terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan 24/7 kerana tak dapat bernafas sendiri.



Doktor cadangkan supaya Adrea dibedah secepat mungkin disebabkan keadaan pernafasannya semakin kronik dan boleh mengakibatkan mati.

Ya betul, pembedahan segera sangat penting tetapi kos yang diperlukan adalah terlalu tinggi, anggaran sebanyak  RM80,000!  

Dalam keluarga Puan Nurzalina, hanya suaminya sahaja yang bekerja. Anak pula sakit kritikal.  Dari mana nak datang semua duit itu?



Jadi, untuk meringakan beban keluarga Adrea, MyHeart akan menanggung sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu RM30,000 ditambah juga dengan kos keperluan rawatannya yang lain.

Tapi kami perlukan juga sokongan anda.

Jom Jiwa Baik, kita bantu selamatkan nyawa Adik Adrea, boleh?


KOS KEPERLUAN ADIK ADREA MIQAYLA : RM37,300

Kos Pembedahan (RM30,000+-) RM200/Bahagian
Susu Formula (RM3,600+-) RM100/Tin
Kos Rawatan (RM1300+-) RM65/bahagian
Lampin  (RM2,400+-) RM40/bahagian





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Pembedahan (RM30,000+-) RM200/Bahagian
Susu Formula (RM3,600+-) RM100/Tin
Kos Rawatan (RM1300+-) RM65/bahagian
Lampin (RM2,400+-) RM40/bahagian
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090