URGENT!
Kos Pembedahan Jantung Belum Mencukupi,
Perlukan RM40k Segera!
Jantung berlubang membesar saiz 50 sen! Pembedahan tak boleh ditangguh lagi kerana Ashraf berisiko untuk mati.

JUMLAH TERKUMPUL
RM21,100
*setakat 18/2/25
Mari bantu pembedahan Ashraf sekarang!
12 Tahun Menderita
Sejak lahir Ashraf menderita jantung berlubang. Waktu itu saiznya kecil, 0.02mm sahaja. Dari kecil, berat badannya susah naik.
Walaupun dia berselera makan tapi badannya tetap kecil. Di sekolah, dia tidak boleh bersukan atau melakukan aktiviti berat sebab dia mudah penat dan semput.

Gambaran ilustrasi jantung normal dengan pesakit jantung berlubang, Atrial Septal Defect, ASD.
Dotor pernah cadangkan pembedahan sebelum ini, tapi tak kesampaian sebab tak cukup berat. Kini, setelah 12 tahun menderita, akhirnya jantung Ashraf dah tak mampu untuk bertahan lagi.
Lubangnya dah membesar hingga 27mm, bersamaan duit 50 sen! Kehidupannya semakin terseksa. Pembedahan tak boleh ditangguh lagi.
Perlukan RM42,000 Sebelum Akhir Januari Ini!
Tarikh cadangan pembedahan yang paling terdekat adalah pada akhir Januari ini. Tanpa pembedahan, Ashraf berisiko kegagalan jantung, tumbesaran terbantut, strok malah turut boleh meragut nyawanya.

Medical report yang telah dikeluarkan doktor, menggesa pembedahan segera.
Tapi kos pembedahan RM42K itu terlalu tinggi. Bapanya telahpun pencen manakala ibunya hanya seorang suri rumah. Bagaimana caranya untuk mereka mendapatkan duit sebanyak itu?
Oleh itu, kami mencari #JiwaBaik yang ingin bersama-sama meringankan beban mereka sekeluarga. Ayuh kita bantu demi Allah dan demi melihat Ashraf sihat sentiasa.
KOS KEPERLUAN RM 42,000
Kos Pembedahan Jantung RM40,000
RM250/bahagian
RM125/bahagian
RM100/bahagian
Kos Keperluan Lain RM2,000
RM50/bahagian
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699)
MyFundAction ingin memberi peluang kepada anda untuk sama-sama meringankan beban mereka. Moga berkat bantuan ikhlas kita semua, adik Ashraf dapat sihat seperti kanak-kanak lain seterusnya berjaya di dunia dan akhirat!
Disclaimer:
1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai. 4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit