KECEMASAN: Adik Chew akan dibedah segera
Tarikh: 20 Jun 2024
Menangis hingga wajahnya membiru

Wajah dan jari jemari adik Chew sudah membiru dan pucat. Dia tidak berhenti menangis sejak tadi. Puan Goh berhadapan detik cemas apabila tahap oksigen anaknya menurun sehingga 40%.
Chew seorang bayi yang normal di saat dia melihat dunia. Namun ketika usianya 5 bulan, semuanya mula berubah. Dia mula batuk kahak yang sangat teruk selama 3 hari berturut-turut.
Berderau darah Puan Goh semasa doktor periksa oksigen adik Chew cuma 85%. Jantungnya juga tidak berdetak normal (murmur). Doktor mengesahkan itu adalah simptom Tetralogy of Fallot.


4 kecacatan jantung berlaku secara mengakibatkan perubahan peredaran aliran darah ke paru-paru melalui jantung:
*Lubang pada jantung
*Saluran darah dalam paru-paru tersumbat
*Posisi Aorta (saluran darah) tidak normal
*Otot yang mengelilingi ruang sebelah bawah jantung menjadi terlalu tebal

Semakin membesar, adik Chew akan mengalami banyak komplikasi dan kerap masuk hospital kerana membiru ketika menangis. Pernafasannya berbunyi kuat dan tidak seperti kanak-kanak normal.
Tanpa pembedahan segera, doktor kata boleh menggagalkan fungsi otak anak kecil ini dan menyebabkan kematian!

Kalau lah boleh, Puan Goh dan suami nak sangat tengok anak mereka membesar dengan sihat dan ceria. Tapi apakan daya, mereka tak mampu nak tanggung kos pembedahan adik Chew.
Kos pembedahan mencecah RM80,000!
Itu belum lagi campur kos keperluan lain seperti lampin dan susu. Manalah cukup suaminya seorang saja yang menyara keluarga. Puan Goh terpaksa berhenti kerja tahun lalu kerana mahu fokus jaga adik Chew.
Dalam masa yang sama, dia turut menjaga ibu yang uzur serta seorang anak sulung sudah bersekolah.
Jiwa Baik semua, tak mahu ke kita lihat Adik Chew tersenyum ceria? Kita kembalikan harapan sembuh buat permata hati Puan Goh sempena Tahun Baru Cina ini. Mereka perlukan sokongan kita semua.
KOS KEPERLUAN CHEW CHENG RUI: RM84,000
Kos Pembedahan (RM80,000)
RM200/bahagian
RM100/bahagian
RM100/bahagian
Lampin dan Susu (RM2,520)
RM120/bahagian
Keperluan lain (RM1,480)
RM40/bahagian
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.