Keadaan Terkini baby Hannah
Pada tanggal 25 Mac lalu, Baby hannah sudah selamat menjalani pembedahan alih arteri untuk membetulkan injap jantung yang terbalik. Namun, baby Hannah dijangka akan dibedah buat kali kedua kerana berlaku komplikasi yang menyebabkan saluran darahnya bocor.
Pembedahan ini ibarat 'peluang kedua' baby Hannah untuk hidup normal seperti bayi lain. Jom Jiwa Baik, kita salurkan kebaikan untuk tampung kos pembedahan yang bakal dijalankan.
Baru sahaja seminggu melihat dunia, baby Hannah disahkan menghidap Transposition of Great Arteries atau masalah injap jantung terbalik. Badannya menjadi kebiruan akibat oksigen berkurang dalam darah.

Setiap saat adalah risiko buat baby Hannah. Bila-bila masa jantungnya boleh terhenti dan membawa maut!
Sekiranya pembedahan alih arteri dilakukan segera, doktor beritahu permata sulung Encik Mah ada 98%-99% peluang untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain.
Kos keseluruhan pembedahan mencecah RM100,000 , tapi MyFundAction akan bantu sebahagian daripada kos tersebut.
RM100/bahagian
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.