Bayi 7 bulan menderita jantung berlubang dan paru-paru rosak
Impian Encik Azrilsyam dan isteri untuk lihat anak sulung mereka, Uways Fairel membesar mungkin tidak kesampaian apabila terdapat lubang besar di jantungnya.
Bila-bila masa sahaja jantungnya boleh terhenti !
Bukan itu saja, saluran jantung dibahagian kirinya sempit mengakibatkan darah tidak dapat dipam sepenuhnya secara normal.
Jadi, Adik Uways telah dibedah 2 kali untuk menggantikan saluran darahnya yang sempit itu dengan saluran tiruan dan menutup lubang di jantung
Tapi, keadaannya masih juga tidak menunjukkan yang dia akan betul-betul sembuh walaupun telah dibedah.
Lebih menyayat hati, sekarang, Adik Uways terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan CPAP untuk bernafas sebab kata doktor paru-parunya dah rosak.
Nak minum susu pun, Adik Uways terpaksa mengharapkan tiub yang dipasang diperutnya.
Satu demi satu dugaan yang datang menyapanya. Belum sempat lagi Adik Uways nak mengenal dunia.
Kalau lah boleh, Encik Azrilsyam dan isteri nak sangat tengok anak mereka membesar dengan sihat dan ceria. Tapi apakan daya, mereka tak mampu nak tanggung kos keperluan Uways.
Satu mesin CPAP saja dah berharga lebih kurang RM13,000!
Itu belum lagi campur kos rawatannya yang lain. Mana cukup gaji Encik Azrilsyam yang hanya kerja di kampung.
Jiwa Baik semua, tak mahu ke kita lihat Adik Uways tersenyum ceria? Sebenarnya, masih ada harapan lagi untuk Adik Uways hidup lama. Tapi dia perlukan sokongan kita semua.
Jom kongsi rezeki dan selamatkan Adik Uways dengan memilih pakej di bawah.
KOS KEPERLUAN UWAYS FAIREL: RM20,000
Tilam Khas - (RM300)
Mesin Pernafasan CPAP (RM13,000+-)
RM200/bahagian
Kos Rawatan lain (RM1800+-)
RM100/Bahagian
Lampin (RM2,304+-)
RM48/paket (RM48 x 4 paket x 12 bulan)
Susu Khas (RM2,520+-)
RM35/tin (RM35 x 6 tin x 12 bulan)
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.