PENYAKIT ARIANNA MESTI DIHENTIKAN!
Ubat Kanser RM11,000 Kunci Hidup Untuk Terus Bertahan




Kegembiraan menyambut kelahiran anak sulung bertukar menjadi cemas apabila Arianna mula menunjukkan simptom yang membimbangkan.

Pada mulanya baby Arianna demam dan terdapat benjol di leher sebelah kiri dan berlanjutan ke sebelah kanan. Benjolan itu bernanah sehingga perlu jalani pembedahan.

Masa Depan Baby Arianna Jadi Taruhan

Doktor mengesahkan baby Arianna menghidap Langerhans Cell Histiocytosis (LCH) pada Jun 2024, penyakit yang jarang ditemui dan seakan kanser. LCH ini telah menyebabkan sel-sel abnormal berkembang di tubuhnya yang kecil, menyerang leher, limpa dan hati.



Kini Arianna menjalani kemoterapi setiap tiga minggu sekali dan bergantung ubat setiap hari. Bayangkan, mereka sekeluarga terpaksa berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk dapatkan rawatan.


Sekiranya rawatan tidak diteruskan, baby Arianna berisiko menghidapi kesan jangka masa panjang, seperti masalah neurologi, kecacatan tulang, kehilangan pendengaran dan pertumbuhan terbantut.




    Kegusaran Hati Ibu Yang Mengasuh
    Walaupun baby Arianna masih boleh bermain dengan kawan-kawan yang lain, tetapi perkembangannya yang sekarang masih agak lambat dari kanak-kanak seusianya.

    Harapan Qurratul Ain, ibu kepada Arianna cuma satu, agar anaknya dapat sembuh daripada penyakit yang menyeksakan ini. Disebabkan harus menjalani rawatan kemoterapi sejak usia yang muda dan menanggung kos perubatan yang lain, ibu bapanya harus mencari biaya sebanyak RM11,000.

    Doktor menyarankan baby Arianna makan ubat Vemurafenib sebagai rawatan selain bergantung pada kemoterapi. Ini adalah kerisauan terbesar buat Qurratul Ain dan suaminya kerana kos ubatan yang disarankan ini sangat tinggi, diluar kemampuan mereka.


    KOS KEPERLUAN ARIANNA RM11,000

    Kos Ubat Kanser (Vermurafenib 240mg)

        RM220/bahagian

        RM100/bahagian


        Susu Khas
        RM150/tin

        Lampin dan keperluan lain
        RM50/bahagian

        *Bantuan berterusan selama 6 bulan


        Sokongan anda mampu menyelamatkan masa depan bayi kecil ini dari komplikasi yang serius!

        Jom  #JiwaBaik , tolong doakan baby Arianna supaya dapat sembuh dari penyakitnya. Buktikan sokongan anda untuk menghentikan penderitaan baby Arianna agar dia dapat membesar seperti kanak-kanak seusianya.


        Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:

        "Siapa yang biasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa menolongnya dalam hajatnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


        Disclaimer:

        1. MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai. Baca lanjut :  Setiap transaksi yang memenuhi syarat layak menerima pengurangan cukai 

        2. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

        3. Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


        Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

        Ruangan yang wajib diisi

        PILIHAN SUMBANGAN

        Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
        Ubat Kanser-RM220/bahagian
        Ubat Kanser-RM100/bahagian
        Susu Khas-RM150/tin
        Lampin dan Keperluan Lain-RM50/bahagian
        Seikhlas Hati
        JUMLAH
        JUMLAH KESELURUHAN (RM)
        Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

        BUTIRAN PENYUMBANG

        BUTIRAN SUMBANGAN


        Maklumat Organisasi

        MyFundAction
        info@myfundaction.org
        +60162341090