Translate this page:
![]()
Ibu Anak 5 Hidap Barah Tahap 4,
Risiko Mati 90%
Menghidap kanser payudara tahap 4, Pn Norzaleena derita sesak nafas kronik ekoran sel kanser yang telah merebak ke paru-paru! Dia
memerlukan mesin oksigen dengan kadar segera di rumah bagi mengurangkan risiko sesak nafas.

Malang Tidak Berbau
Pada peringkat awal, Pn
Norzaleena tidak memandang serius ketulan kecil pada payudara kirinya kerana doktor telah mengesahkan ianya tidaklah merbahaya.
Dia lalu membuat keputusan untuk membiarkannya tanpa sebarang pembedahan.
Namun, tiada siapa menyangka bahawa ketulan kecil di payudara kirinya yang tidak sakit dan merbahaya kian membesar sehingga saiz penumbuk!

Panik dengan keadaan itu, dia terus ke hospital sebelum doktor melakukan pembedahan dan mendapati ketumbuhan bersaiz 23mm dengan berat 1.7kg itu sebenarnya adalah kanser! Allahu... hanya tuhan sahaja yang tahu betapa remuk dan sedihnya hati Pn Norzaleena dan keluarga menerima kenyataan itu
.
Penderitaan Belum Berakhir
Sejak itu, Pn Norzaleena terpaksa berulang alik ke 2 hospital berbeza sejauh 40 minit dan 1 jam untuk rawatan susulan.
Dia juga telah menjalani rawatan radioterapi bagi memusnahkan sel-sel kanser sebanyak 23 kali!

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,
satu lagi ketulan kecil sebesar guli tumbuh pada payudara kanannya pula.
Doktor menyarankan supaya pembedahan dilakukan dan alangkah terkejutnya sewaktu CT scan, doktor mendapati sel-sel kanser telahpun merebak sehingga ke paru-paru!
Tubuhnya Semakin Lemah
Oktober lalu, 2 kali Pn Norzaleena dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas dan kandungan oksigen yang menurun. Komplikasi pada paru-paru menyebabkan kondisinya semakin merudum.

Dia mudah letih walaupun baru berjalan 10 langkah sudah tercungap. Sehinggakan memasak pun dia sudah tidak mampu.
Lebih menyedihkan, dia terpaksa memakai lampin dewasa supaya tidak perlu bersusah ke tandas.
Mujur suaminya cukup memahami dan banyak mengambil alih tugasnya menjaga 5 orang anak yang masih bersekolah.
RM10,000 Diperlukan untuk 'Penyambung' Nyawa
Doktor menyarankan waris menyediakan sebuah mesin oksigen di rumah. Supaya membataskan pergerakannya ulang alik ke hospital dengan kerap.
Namun, harga sebuah mesin bukanlah murah. Suami Pn Zaleena buat masa ini terpaksa berhenti kerja untuk memberi perhatian sepenuhnya memandangkan kondisinya yang semakin memburuk.
Lagi pula, suaminya juga terpaksa menguruskan lima orang anak yang masih bersekolah.

KOS KEPERLUAN PN NORZALEENA RM10,000
Kos Mesin Oksigen (RM5,000)
RM250/bahagian
RM125/bahagian
Lampin Dewasa
(RM3,000)
RM100/bahagian
Rawatan & Keperluan Lain (RM2,000)
RM50/bahagian
*Bantuan berterusan selama 6 bulan
Ada Ke #JiwaBaik Yang Nak Bantu Pn Norzaleena?

#JiwaBaik, mari kita ringankan beban Pn Norzaleena. Tak cukup dengan terseksa menanggung sakit barah yang cukup perit, mentalnya juga turut terganggu semestinya kerana hanya mampu melihat tidak bermaya suaminya mengambil alih tugas rumah.
Harapannya semoga ada #JiwaBaik yang dapat membantu dia memiliki mesin oksigen supaya dapat kembali menjalankan tugasannya di rumah seperti sedia kala. Ayuh tunaikan hasrat beliau!
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699))
Disclaimer:
1) MyHeart telah mendapat
persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN . Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai. Baca lanjut : Setiap transaksi yang memenuhi syarat layak menerima pengurangan cukai
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN . Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai. Baca lanjut : Setiap transaksi yang memenuhi syarat layak menerima pengurangan cukai
3) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.