
Zaim disahkan menghidap Dysplasia rangka sejak lahir yang yang menyebabkan perkembangan tulang, sendi, dan tulang rawan tidak normal. Kesannya, Zaim mengalami komplikasi serius seperti masalah pernafasan yang disebabkan oleh rongga dada yang kecil dan terpaksa bergantung nyawa
sepenuhnya dengan mesin oksigen yang ada.
Untuk terus hidup, Zaim amat memerlukan mesin oksigen dengan kadar yang segera
Kos untuk mendapatkan mesin oksigen sahaja telah menelan belanja sebanyak
RM 40,000.00
,
tidak termasuk lagi dengan kos pembelian keperluan lain seperti susu dan lampin. Berbekalkan pendapatan yang kurang dari RM500 sebulan, dengan tanggungan Zaim yang terlantar serta 4 orang adiknya yang masih bersekolah tidak memungkinkan Puan Rosnah membeli mesin oksigen dengan duitnya sendiri.
“Sudah jatuh ditimpa tangga” ujian yang menimpa Zaim sekeluarga tidak terhenti setakat itu apabila pada tahun 2022, ayah Zaim, Encik Zamri diserang strok sehingga membuatkan dia hilang pekerjaan dan hanya bergantung kudrat isterinya. Kini, Puan Rosnah menjadi “tulang belakang” keluarga menggantikan suaminya.

Hadiahkan mesin oksigen baharu buat Zaim!
Huluran tangan anda amat bermakna untuk Zaim mendapatkan mesin oksigen yang baru. Moga dengan rezeki yang dikongsikan mampu mempermudahkan urusan Zaim untuk dapat bernafas dengan baik.
Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari qiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari qiamat.
(HR Bukhari No: 2262)
Pilih pakej di bawah.
RM250/bahagian RM100/bahagian
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di F acebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.