SELANGKAH KE RAMADAN:
2 LAGI
MESIN HEMODIALISIS DIPERLUKAN!

106,000 rakyat Malaysia bakal menjalani dialisis menjelang 2040
Setiap hari, kira-kira 28 individu didiagnos dengan kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis untuk hidup.
Kira-kira 15.5% atau lebih 5 juta rakyat di Malaysia, berdepan masalah penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 5% sedar mengenai penyakit yang dihidapi.
Azrul berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dilaporkan menjangkakan lebih 106,000 rakyat Malaysia bakal menjalani dialisis menjelang 2040 jika peningkatan kadar kegagalan buah pinggang tidak berubah.
"Ia hanya 16 tahun lagi. Setiap tahun, lebih 10,000 pesakit didiagnosis dan memerlukan dialisis dan jumlah ini semakin meningkat dan ia adalah separuh daripada menghidap diabetes." (Sumber: Berita Harian)
Apakah itu Hemodialisis?
Hemodialisis adalah kaedah untuk membersihkan darah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.
Hemodialisis adalah kaedah untuk membersihkan darah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Mesin hemodialisis berfungsi mengeluarkan sisa, cecair berlebihan, dan toksin dari aliran darah. Ia juga melaksanakan fungsi penting yang biasanya dilakukan oleh ginjal yang sihat.
Mesin ini beroperasi dengan mengambil darah dari pesakit, melalui dialyzer (buah ginjal buatan), dan mengembalikan darah yang telah dibersihkan ke dalam badan.
Hemodialisis biasanya dilakukan beberapa kali seminggu untuk membantu menjaga kesihatan.
Hemodialisis biasanya dilakukan beberapa kali seminggu untuk membantu menjaga kesihatan.

Mereka terpaksa bergantung dengan mesin dialisis seumur hidup. Bayangkan, pesakit hemodialisis perlu melakukan rawatan sebanyak tiga kali seminggu sepanjang hayat mereka.
Cas rawatan pula, menjangkau RM200 - RM250 bagi satu sesi. Kira-kira lebih RM3,000 mereka perlukan untuk membiayai kos rawatan sahaja, tidak termasuk kos perjalanan yang jauh dan rawatan tambahan.
Luahan salah seorang pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis
Pusat Dialisis Berkonsepkan Kebajikan
Satu inisiatif penting untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sering kali terhimpit dengan kos perubatan yang tinggi, terutamanya bagi rawatan kronik seperti dialisis.
Inisiatif ini menyediakan satu jalan keluar dengan membolehkan pesakit memohon tajaan daripada agensi seperti:
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Zakat Baitul Mal (bagi pesakit muslim yang tidak bekerja)
Dengan tajaan ini, pesakit boleh mendapatkan rawatan tanpa perlu risau tentang kos tambahan. Dalam erti kata lain, pesakit yang layak tidak perlu bayar kerana ditanggung oleh panel tajaan.
Kemudahan Akses Kesihatan di Hilir Perak

Di hilir Perak, Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang, tiada satu pun pusat dialisis berkonsep kebajikan untuk pesakit menjalani rawatan.
Mereka terpaksa melalui perjalanan yang jauh sehingga hampir satu jam sehala untuk ke pusat dialisis terdekat.
Pembinaan Pusat Hemodialisis yang terletak di Sungai Sumun, Perak akan memudahkan pesakit-pesakit yang tinggal berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Berkongsi Kasih Melalui Wakaf
Dalam usaha meringankan beban pesakit, MyFundAction mengajak anda menyertai inisiatif wakaf untuk menyediakan mesin dialisis.
Kami mensasarkan pembelian 6 mesin dialisis, dengan harga RM41,000 setiap satu unit. Alhamdulillah, kos untuk 4 mesin telah mencukupi. Namun, 2 lagi mesin diperlukan dengan anggaran kos RM82,000.

Mesin yang telah dibeli melalui wakaf anda telah ditempatkan di Pusat Dialisis Harmony Sofia, Perak, yang dijangka beroperasi tahun ini.
Semakin cepat dana terkumpul, semakin cepat pusat ini dapat dibuka untuk membantu pesakit yang memerlukan.
Ayuh! Ramai pesakit yang masih menunggu 'kasih' dari kita semua bagi meringankan bebanan yang mereka alami.

InsyaAllah, mesin hemodialisis wakaf ini akan membantu pesakit menjaga kesihatan mereka. Dengan kesihatan yang lebih baik, semoga mereka lebih mudah beribadah dan menjalankan urusan harian.
Anda juga boleh meraih "pahala yang berterusan " dengan mewakafkan mesin ini atas nama orang tersayang , sama ada ibu bapa yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Wakaf ini bukan sahaja membantu pesakit, tetapi juga merupakan cara untuk kita menghargai mereka yang masih bersama dan mengenang jasa mereka yang telah tiada, sambil memberi manfaat kepada orang lain.

Saat terbaik untuk memberi adalah sekarang. Jangan tunda lagi! Wakafkan rezeki anda dan raih keberkatan di bulan Ramadan.
WAKAF 2 MESIN RM82,000
Wakaf 1 bahagian - RM50
Wakaf 3 bahagian - RM150
Wakaf 5 bahagian - RM250
Wakaf 10 bahagian - RM500
ذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya
(Riwayat Muslim (1631))
Disclaimer:
1) Minimum RM5,000 untuk setiap transaksi bagi nama pewakaf di mesin.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.