Wakafkan Air Bersih Buat Penduduk Kg.Kerawat
Selama 5 tahun penduduk Kg Kerawat sukar mendapat bekalan air bersih yang mencukupi disebabkan jumlah air yang tidak stabil bagi menampung aktiviti harian penduduk kampung. Air bukan sahaja diperlukan untuk minum tetapi untuk kegunaan harian lain seperti mandi, membasuh pakaian, atau urusan keagamaan juga penting.
Bayangkan, penduduk kampung terpaksa mendaki bukit yang tinggi, ataupun berjalan berkilometer jauhnya semata-mata untuk mendapatkan bekalan air yang kadangkala keruh dan tak bersih.
“Apa yang boleh kita lakukan?”
Ayuh berwakaf bersama kami dan semoga kita dapat menjayakan projek wakaf air bersih di Kg Kerawat, Perak ini. Setitis air bersih buat mereka dapat memberi sejuta makna yang tidak ternilai.
NAK BUAT PAHALA MUDAH? JOM WAKAF PROJEK AIR BERSIH BUAT MEREKA SEKARANG!
Dengan itu, kami mengalu-alukan niat baik tuan/puan untuk mengambil bahagian wakaf untuk projek air bersih ini.
Semoga setiap ringgit yang disalurkan dibalas dalam bentuk ganjaran yang besar di dunia & akhirat.
Tuan/Puan boleh pilih pakej seperti yang tertera untuk terus berwakaf, atau:
✅ Wakaf Projek Air Bersih 1 Penama – RM300
✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM100
✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM50
✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM30