Wakafkan telaga air bersih buat saudara kita di Afrika
Menurut statistik "WaterAid", 1 dalam 3 daripada 5.7 juta orang , tidak mendapat air bersih. Dan lebih 3,000 kanak-kanak bawah 5 tahun mati setiap tahun akibat cirit-birit berpunca daripada air kotor.
Krisis air Afrika ini bukanlah satu perkara yang baru. Ya betul, di sana, tiada sumber air bersih. Apa yang ada ada cuma bekalan air yang keruh.
Air itu jugalah yang digunakan untuk memasak, minum, dan yang paling mengejutkan, bekalan air sama dikongsi dengan binatang ternakan!
Setiap hari, kanak-kanak dan wanita, terpaksa jalan berkilometer hanya untuk cari air bersih. Tapi, ini saja pilihan mereka. Terus minum air keruh atau bermandi peluh mencari air bersih.
Mungkin kalau mereka ada sumber air bersih seperti telaga, mesti hidup mereka akan jadi lebih mudah.
Jadi solusi yang terbaik adalah dengan mewakafkan sebuah telaga air bersih di Afrika.
Dengan projek air bersih MyFundAction di Afrika, kami mensasarkan untuk membina 3 buah telaga air bersih tertumpu di 3 kampung di Malawi;
- Bwanali
- Sani
- Ntonya
Projek ini akan beri manfaat kepada puluhan ribu penduduk di sana.
Masalahnya, jumlah yang diperlukan adalah
RM300,000!
Jadi, kami memerlukan sokongan anda.
Tuan/puan, sebenarnya ada dua bulan yang pahala amalannya tidak akan berkurang iaitu Ramadan dan Zulhijjah.
Dan sempena bulan Zulhijjah ini, jom kita sama-sama sucikan harta kita dengan wakaf telaga sempena hari terbaik bulan mulia Zulhijjah ini.