Bahagiakan Asnaf Dengan Berkongsi Rezeki 


Di luar sana ada ribuan bahkan ratusan ribu fakir miskin yang kurang bernasib baik. Hidup mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 



Dengan keadaan ekonomi sekarang yang cukup mencabar, ramai yang berdepan situasi sukar sampaikan terpaksa berhutang untuk beli barang dapur.

Ini yang dialami Kak Mariam, seorang ibu tunggal yang terpaksa berjuang siang malam untuk membesarkan 5 orang anaknya seorang diri. Daripada berniaga sehinggalah pembantu rumah. Itu saja pekerjaan yang beliau mampu buat.



Lebih menyayat hati apabila beliau terpaksa berhentikan anaknya dari sekolah kerana tidak mampu. Ramai lagi yang menghadapi nasib seperti beliau.

MyFundAction telah mengambil inisiatif dengan melancarkan program "Rezeki Ummat"Program Rezeki Ummat merupakan program MyFundAction untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah

Setiap kotak makanan Rezeki Ummat berharga RM 150, dan berisi barang-barang penting seperti beras, minyak, gula, tepung dan lain-lain.


Jadi, mari kita sama-sama berkongsi sedikit daripada rezeki kita dan ringankan beban asnaf yang memerlukan terutamanya selepas musim perayaan ini. 


LAPORAN AGIHAN KOTAK REZEKI UMMAT

Tahun 2024 ini kita targetkan 42,000 kotak Rezeki Ummat untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan di seluruh Malaysia. Sertai kami #JiwaBaik untuk capai misi 2024 ini. 


Tangan Di Atas Lebih Baik Dari Tangan Di Bawah:

Dari Hakim bin Hiram radliallahu ‘anhu dari Nabi SAW berkata:

“Tangan yang di atas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”.

(HR Bukhari No: 1338)

Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ 5 - Bantu 5 keluarga: RM750
PAKEJ 4 - Bantu 3 keluarga: RM450
PAKEJ 3 - Bantu 1 keluarga: RM150
PAKEJ 2 - Kongsi Rezeki: RM50
Kongsi Rezeki
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090