Ramadan 2025 Yang Lebih Baik

KONGSI REZEKI RAMADAN SEKARANG

Bersedia untuk Impak
Yang Lebih Besar

Pejam celik-pejam celik, kita sudah hampir tiba pada Ramadan 2025.

Ramai yang berbondong-berbondong dan berlumba-lumba untuk lakukan kebaikan. Bahkan dalam bulan ini juga Allah SWT menjanjikan pahala berlipat kali ganda. 

“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah SWT  berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Hadis Qudsi, Riwayat Muslim)

Justeru, MyFundAction ingin bersama-sama anda merealisasikan Ramadan 2025 Yang Lebih Baik.


Kejar Pahala Ramadan
Amanah Anda Kami Sampaikan

Untuk mendapatkan impak yang lebih besar, kami mengumpulkan belia dari 15 buah negara untuk menyebarkan kebaikan.

Hasil sokongan anda dan seluruh #jiwabaik MyFundAction, berikut merupakan projek-projek yang akan dikendalikan di bawah Projek The Better Ramadan 2025

  • Special Iftar for Ummah 
    Ini adalah tahun ke-11 kami melaksanakan program tradisi Ramadan bersama MyFundAction iaitu pemberian pek makanan iftar. 

  • Box of Happiness

    Box of Happiness atau lebih dinali sebagai kotak Rezeki Ummat yang mengandungi bahan makanan asas. Kotak bantuan ini bukan sahaja diedarkan di Malaysia malah di luar negara seperti Indonesia, Syria, Afrika, Yaman, Australia dan Mesir.


  • Projek Quran untuk Mualaf & Tahfiz

    Di beberapa buah negara, ada saudara kita yang sukar mendapatkan Quran dan bahan untuk mempelajari Islam seperti di Korea, Jepun dan Afrika. Justeru, anda boleh wakafkan Quran buat mereka. Semoga setiap huruf yang dibaca, pahalanya dijanjikan untuk anda juga.


  • Wakaf Masjid dan Telaga Air 
    Bangunkan masjid dan wakafkan sumber air di pelosok kampung. Antara lokasi yang menjadi fokus projek ini seperti di Indonesia, Afrika dan Yaman.

KONGSI REZEKI RAMADAN SEKARANG


"Takkan pernah miskin, orang yang memberi."

Semoga setiap kebaikan melepaskan satu kesusahan seseorang, Allah melapangkan jiwa dan melepaskan kesusahan Tuan/ Puan di dunia dan akhirat,



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kongsi Rezeki Iftar & Sahur (RM30)
Wakaf Al-Quran untuk Tahfiz & Anak Yatim (RM50)
Sokong Projek Dakwah (RM50)
Wakaf Masjid dan Projek Telaga Air (RM100)
Kongsi kasih sayang melalui Food Basket (RM150)
Kongsi Ramadan
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN