Translate this page:
 
 90 Hari Berkampung di Hospital 
 Bayi Perlukan Kos RM70,000
Untuk Pulang! 

Mesin Bantuan Pernafasan Bukan Sekadar Pilihan, Tetapi Keperluan Antara Hidup dan Mati buat baby Anggun.



Siapa sangka, saat mengandung semuanya baik-baik sahaja. Sewaktu scan pun doktor tak mengesyaki sebarang cacat-cela.

Cerah harapan mereka untuk peroleh bayi yang sihat kali ini. Namun sekali lagi nasib tak menyebelahi, apabila baby Anggun dilahirkan menghidap masalah genetik sama seperti dua orang kakaknya.

Mimpi Yang Ngeri

Sebaik sahaja si kecil dilahirkan, itulah waktu yang paling dinantikan oleh setiap pasangan. Namun, selepas si ibu bergadai nyawa melahirkan dan belum puas pun si kecil berada dalam dakapan, situasi bertukar panik.

Mereka menyedari baby Anggun menangis dengan sangat perlahan dan lebih menakutkan apabila melihat tubuh kecilnya bertukar kebiruan! Baby Anggun terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Keadaan baby Anggun ketika dihantar ke Unit Rawatan Rapi.

Baby Anggun yang baru sahaja lahir beberapa minit telah diberikan rawatan kecemasan. Sehingga doktor terpaksa meletakkan tiub ke dalam saluran pernafasannya melalui mulut untuk menyelamatkan nyawanya.

Otot Anggun Terlalu Lemah Untuk Bernafas

Doktor mengesahkan baby Anggun menghidap penyakit jarang jumpa; Nemaline Myopathy.  Penyakit ini  menyerang otot-otot yang terlibat dalam pergerakan tubuh, seperti di sekitar tulang belakang, punggung, leher, dan lengan.

Buat kes baby Anggun, ia menyebabkan otok pernafasan sangat lemah sehingga tidak bernafas dengan normal.

Oleh kerana itulah, sejak dilahirkan dia terpaksa bergantung kepada tiub pernafasan selama 2 bulan lamanya. Sehinggalah pada awal bulan Disember, baby Anggun selamat menjalani pembedahan trakea bagi memperbaiki saluran pernafasannya.


Perlukan RM70,000 Untuk Bawa Baby Anggun Pulang!

Sehingga kini, baby Anggun masih lagi berada dibawah jagaan rapi hospital selepas pembedahan. Selama tiga bulan ini, si ibu belum dapat menikmati momen indah bersama bayinya.

Setiap hari Puan Emmy dan suaminya akan berulang alik ke hospital untuk memantau keadaan dan menyiapkan bekalan susu buat baby Anggun.

Harapan mereka, agar anaknya cepat di bawa pulang ke rumah dan berkumpul sekeluarga. Namun, nilai bayaran untuk sebuah harapan itu sangat mahal!

Klik link untuk harga mesin:  Surat Rujukan Harga Mesin Anggun

Doktor memberitahu baby Anggun boleh dibawa pulang hanya dengan satu syarat iaitu apabila mereka berjaya menyediakan  mesin bantuan pernafasan (BiPAP)  di rumah.

Oleh itu, kami mencari pewakaf untuk mesin oksigen dan bantu kos rawatannya. Ini satu-satunya peluang untuk baby Anggun terus hidup.

KOS KEPERLUAN RM 70,000

Mesin Oksigen BiPAP RM60,500
RM250/bahagian
RM125/bahagian
RM55/bahagian

Kos Rawatan RM9,500
RM100/bahagian

"Duit dah habis... keperluan sekarang sangat banyak dan mendesak" - Ayah Anggun

#JiwaBaik, keperluan rawatan dua orang kakak istimewa Anggun sahaja menelan belanja ribuan ringgit. Apatah lagi kos persekolahan, dan lainnya. Kini, Anggun pula memerlukan kos sebanyak RM70,000 keseluruhan.

“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699)

MyFundAction ingin memberi peluang kepada anda untuk sama-sama meringankan beban keluarga ini. Moga berkat bantuan ikhlas kita semua, Baby Anggun boleh dibawa pulang dan membesar sihat di samping keluarga tercinta.


Disclaimer:

1)   MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit   dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di   Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai. 4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Mesin Oksigen BiPAP RM250/bahagian
Mesin Oksigen BiPAP RM125/bahagian
Kos Rawatan RM100/bahagian
Mesin Oksigen BiPAP RM55/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090