Berwakaf Untuk Masjid Tersempit Di Otsuka

‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadith riwayat Muslim).



MasyaAllah...sudah 25 tahun masjid sempit di Otsuka,Jepun ini telah berjasa kepada umat Muslim sebagai tempat untuk beribadah dan berkumpul.  Masjid ini malah menjadi tempat pengislaman saudara baru dan untuk mereka belajar agama
Alhamdulillah masjid ini menjadi masjid utama di Otsuka, namum  disebabkan jumlah Muslim yang semakin ramai, masjid ini menjadi terlalu sesak.

Bayangkan ya, sewaktu solat Jumaat, jemaah terpaksa berhimpit dan bergilir-gilir 6 kali untuk solat!




Sebab Kenapa Masjid Otsuka Perlu Dinaik Taraf Segera!


JEMAAH TERPAKSA BERATUR LAMA MENUNGGU GILIRAN SOLAT




Bukankah masjid itu sepatutnya menjadi sebuah tempat yang selesa dan memudahkan Muslim untuk beribadat?

Tapi apa yang berlaku, mereka terpaksa menunggu  hampir 2 jam  hanya untuk solat jemaah.


SUKAR UNTUK MENGURUSKAN JENAZAH



Keadaan masjid yang sempit menambahkan kesukaran untuk menguruskan jenazah. 

Jarak tanah perkuburan Islam adalah sejauh 57km dan mengambil masa lebih daripada satu jam untuk ke sana.




 SOLAT JUMAAT TERPAKSA DILAKUKAN SEBANYAK 6 SESI





Reaksi Faizal Tahir dan Fedtri Yahya sewaktu melawat masjid Otsuka bersama team MyFundAction


Jadi, MyFundAction akan jalankan projek untuk menaiktaraf Masjid Otsuka dan menyediakan pelbagai fasiliti lengkap.

Yang pasti, ruang solat akan jadi lebih besar dan selesa.

Kita perlu cukupkan lagi RM900,000 untuk wakaf naik taraf Masjid Otsuka baharu.

Ayuh semua jiwa baik, kita bekerjasama untuk segerakan projek naik taraf masjid ini supaya lebih ramai saudara kita di sana dapat memanfaatkannya. 


InsyaAllah, dengan usaha kita, penduduk setempat dapat beribadat dengan lebih selesa. Malahan, besar sangat pahala bagi mereka yang berwakaf atas jalan Allah.

Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf 1 bahagian (RM50)
Wakaf 3 bahagian (RM150)
Wakaf 5 bahagian (RM250)
Wakaf 10 bahagian (RM500)
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090