Down Syndrome dan Hidap 4 Penyakit Kronik

Mesin CPAP Harapan Terakhir

Untuk Baby Inara!

RM15,000 diperlukan untuk terus hidup




Derita 4 Penyakit Kronik Seawal Sebulan

Nur Medina Inara, nama indah yang membawa kisah perjuangan hidup pada umur yang baru sahaja celik ke dunia.

Siapa sangka, pada minggu ke-36, doktor mengesan air ketuban tiada dan berat baby terlalu kecil, hanya 1.3kg!

Kelahiran yang dinanti itu disambut dengan tangisan bayi yang tidak normal dan setelah beberapa ujian, Inara disahkan menghidap Down Syndrome.

Namun, ujian Allah tidak berhenti di situ, doktor mengesahkan Inara akan hidup dengan empat penyakit kronik iaitu saluran pernafasan yang sempit, jantung berlubang dan jangkitan paru-paru.



Tanpa Mesin, Nyawa Inara Melayang

Sepanjang empat bulan di hospital, tubuh kecil ini menghadapi pelbagai jangkitan termasuk jangkitan usus dan mata .

Beratnya tidak banyak bertambah dan sehingga kini masih bergantung kepada mesin Conti­nuous Positive Airway Pressure  (CPAP) untuk bernafas.



Inara dibenarkan pulang setelah 5 bulan dengan beratnya 2.29kg. Walaupun keadaannya kelihatan stabil, dia bergantung sepenuhnya kepada mesin CPAP untuk membantu Inara bernafas.

Mesin ini perlu digunakan sepanjang masa dan hanya boleh ditanggalkan apabila perlu sahaja. Namun, mesin yang digunakan sekarang hanyalah mesin sewa kerana kos untuk memilikinya sendiri terlalu tinggi.


 Nyawa Inara bergantung sepenuhnya pada mesin ini dan jika mesin ini tiada nyawa Inara akan melayang.

Dugaan Kewangan Makin Berat

Ayah Inara seorang runner dengan pendapatan RM1,500 sebulan, dan juga peniaga burger kecil-kecilan, yang hanya mampu meraih sekitar RM30 sehari.

Ibunya pula seorang suri rumah yang menjaga Inara sepenuh masa, sambil mencuba peluang membuat affiliate yang hanya memberi pendapatan RM50 sebulan.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa, keluarga Inara terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan harian, apatah lagi menampung kos membesarkan bayi dan rawatan kesihatan.

Untuk membawa pulang Baby Inara, doktor mewajibkan untuk mempunyai mesin CPAP dan keluarganya terpaksa sewa dengan kos RM500/bulan.

Bahkan, Inara juga perlukan susu khas yang berharga RM600 sebulan dan keperluan-keperluan lain, ia boleh mencecah belanja ribuan ringgit.

Tanpa susu ini, Inara akan berdepan dengan risiko serius bahkan boleh mengancam nyawanya.

Walaupun permohonan bantuan zakat telah dibuat, namun sehingga kini masih belum ada jawapan.



Bantu baby Inara Terus Hidup Dengan Sempurna



Oleh itu, kami mencari pewakaf untuk mesin CPAP dan bantu kos rawatannya. Ini satu-satunya peluang untuk baby Inara terus hidup.

Setiap hela nafas Inara adalah sebuah perjuangan dan ibu bapanya juga sedang berjuang demi memastikann si kecil ini terus kuat.

JiwaBaik di luar sana, apa kata kita bersama-sama meringankan beban mereka dan berikan peluang untuk Baby Inara merasa kehidupan yang lebih baik.

Kos Keperluan Bayi Inara

Kos Mesin CPAP (RM 6,120)
(RM 255/bahagian)
(RM 120/bahagian)

Susu Formula Khas (RM 5,400)
(RM 150/tin)

Pampers & Keperluan Rawatan (RM 3,480)
(RM 60/bahagian)

*Bantuan berterusan selama 6 bulan

Membantu orang yang sakit adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang menekankan kebaikan kepada semua makhluk tanpa membezakan agama atau bangsa.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.


Disclaimer:

1)  MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai. 4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Mesin CPAP RM255/bahagian
Mesin CPAP RM120/bahagian
Susu Khas - RM150/tin
Pampers & Keperluan Rawatan - RM60/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN