URGENT!
Kami sedang mencari pewakaf untuk memulakan pembinaan sekolah Syria awal tahun ini! Lebih 1,000 kanak-kanak Syria sedang menanti sekolah baru.



Hampir 7,000 buah sekolah musnah ekoran krisis yang berpanjangan, hingga wujud generasi yang langsung tidak pernah ke sekolah.




 CABARAN  


  • Kehidupan Nomad - Kehidupan mereka yang berpindah-randah atas faktor keselamatan dan perlindungan antara punca penghalang untuk mendapatkan pendidikan.
  • Faktor Kemiskinan - Beban kewangan ini adalah cabaran khusus bagi kanak-kanak di kawasan pelarian, di mana keluarga menghadapi kesukaran untuk membayar kos pendidikan, yuran, atau pengangkutan.
  • Buruh Kanak-Kanak - 1 daripada 3 kanak-kanak yang bersekolah gagal menamatkan pembelajaran atas dasar masalah kemiskinan. Banyak keluarga bergantung kepada buruh kanak-kanak untuk menyara kehidupan, dan ini sering menjadi keutamaan berbanding pendidikan.
  • Kekurangan tempat belajar - Jumlah sekolah dan tenaga pengajar yang ada di sesebuah kem sangat terhad berbanding jumlah kanak-kanak yang memerlukan pendidikan. 


IMPAK 


Berada di kawasan bergolak, meningkatkan risiko untuk anak-anak ini ketinggalan dalam pelajaran. Dengan adanya projek pembinaan sekolah Syria, ia dapat mewujudkan sistem pendidikan yang lebih teratur dan lengkap untuk mereka yang tidak bersekolah. Projek pembinaan sekolah ini juga bakal menempatkan lebih 1000 pelajar di dalam 18 buah kelas supaya mereka dapat belajar dengan lebih selesa dalam keadaan kelas yang lebih luas. 






 SOLUSI 


Melihatkan krisis yang telah mengancam masa depan pendidikan kanak-kanak Syria, MyFundAction ingin memanfaatkan kepakaran dan sumber yang ada melalui pembinaan sebuah sekolah dengan 18 buah kelas di Idlib, Kemmune.


RM1 Juta Diperlukan untuk Membina Sekolah ini!









 MAKLUMAT PROJEK 


Nama Projek: Wakaf Pembinaan Sekolah Syria
Kawasan: Idlib, Syria
Kapasiti: 18 buah kelas
Penerima: 1080 orang pelajar



Setiap ringgit daripada anda semua, akan digunakan untuk:

  • Kerja Pembinaan
  • Operasi Teknikal
  • Elektrik
  • Pemasangan infrastruktur & sistem sisa kumbahan
  • Laluan kaki lima
  • Pembelian perabot dan alatan





وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."

(Surah al-Baqarah: 265)


Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke instagram kami, @myfundaction. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Ar Razzaq ( 10 Lot Wakaf ) - RM500
Wakaf Al Latif ( 6 Lot Wakaf ) - RM300
Wakaf Al Basit ( 2 Lot Wakaf ) - RM100
Wakaf Al Fattah ( 1 Lot Wakaf ) - RM50
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN