
Masa Depan Baby Arianna Jadi Taruhan
Doktor mengesahkan baby Arianna menghidap Langerhans Cell Histiocytosis (LCH) pada Jun 2024, penyakit yang jarang ditemui dan seakan kanser. LCH ini telah menyebabkan sel-sel abnormal berkembang di tubuhnya yang kecil, menyerang leher, limpa dan hati.
Kanser ini mula mengganas walaupun baby Arianna telah menjalani rawatan kemoterapi. Sekiranya rawatan tidak diteruskan, baby Arianna berisiko menghidapi kesan jangka masa panjang, seperti masalah neurologi, kecacatan tulang, kehilangan pendengaran dan pertumbuhan terbantut.
Kegusaran hati Ibu yang mengasuh
Walaupun baby Arianna masih boleh bermain dengan kawan-kawan yang lain, tetapi perkembangannya yang sekarang masih agak lambat dari kanak-kanak seusianya. Harapan Qurratul Ain, ibu kepada Arianna cuma satu, agar anaknya dapat sembuh daripada penyakit yang menyeksakan ini. Disebabkan harus menjalani rawatan kemoterapi sejak usia yang muda dan menanggung kos perubatan yang lain, ibu bapanya harus mencari biaya sebanyak RM11,000. Doktor menyarankan baby Arianna makan ubat Vemurafenib sebagai rawatan selain bergantung pada kemoterapi. Ini adalah kerisauan terbesar buat Qurratul Ain dan suaminya kerana kos ubatan yang disarankan ini sangat tinggi, diluar kemampuan mereka.
Sokongan anda mampu menyelamatkan masa depan bayi kecil ini dari komplikasi yang serius!
Jom #JiwaBaik , tolong doakan baby Arianna supaya dapat sembuh dari penyakitnya. Buktikan sokongan anda untuk menghentikan penderitaan baby Arianna agar dia dapat membesar seperti kanak-kanak seusianya.
Baca lanjut : Setiap transaksi yang memenuhi syarat layak menerima pengurangan cukai
Disclaimer:
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.