Ramadan Ini, Hulurkan Tangan, Nyalakan Harapan


Ramadan sepatutnya bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua orang, namun bagi mereka yang hidup dalam kesempitan, ia datang dengan air mata dan kelaparan.


Ada yang sakit tanpa rawatan. Ada yang berbuka sendirian dalam sepi. Ada anak kecil yang tidur dalam kesejukan tanpa makanan. Bagi mereka, Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tapi bulan bertahan.


MyFundAction melalui inisiatif Give 2 Gift berusaha membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan dalam empat aspek utama: kesihatan, kebahagiaan, keperluan asas dan harapan.





Apa Itu Give 2 Gift?


Give 2 Gift adalah sebuah inisiatif khas yang diwujudkan untuk membantu golongan yang terpinggir agar mereka tidak merasa keseorangan di bulan Ramadan.


Melalui program ini, kami menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan, rawatan kesihatan, bantuan harian serta sokongan kemanusiaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Projek ini adalah untuk memastikan mereka yang terlantar sakit, yang hidup dalam kesunyian dan yang bergelut di zon konflik, tidak merasa terpinggir.


Sekarang, bayangkan....


Seorang ibu memandang anak kecilnya yang terlantar di katil hospital, tidak mampu makan secukupnya kerana penyakitnya.




Ada pula seorang lelaki tua duduk di sudut katil dengan hanya sebatang tongkat, berbuka puasa sendirian dengan sekeping roti dan air kosong.




Di Palestin, seorang kanak-kanak memeluk adiknya yang menangis kelaparan, berlindung dalam runtuhan sambil berharap ada insan baik yang akan membantu.




Mereka ini bukan sekadar angka, mereka adalah jiwa-jiwa yang memerlukan pertolongan kita.


Dengan satu sumbangan kecil, anda mampu mengubah kehidupan mereka melalui Give 2 Gift.




Satu Bulan, Empat Hadiah Bermakna


Give 2 Gift hadir untuk membawa sedikit cahaya kepada mereka yang amat memerlukannya. Empat inisiatif utama dalam kempen ini akan membantu mereka yang sedang berjuang:


✅ Hadiah Kesihatan – Menyediakan rawatan dan bekalan perubatan kepada mereka yang sedang bertarung dengan penyakit.

✅ Hadiah Kebahagiaan – Membawa keceriaan kepada anak-anak kecil yang terlantar di hospital dengan hadiah & pengalaman istimewa.

✅ Hadiah Keperluan – Membantu golongan warga emas dan mereka yang kurang berdaya dengan bekalan makanan dan keperluan asas.

✅ Hadiah Harapan – Memberikan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin yang sedang menghadapi ujian getir.




Bagaimana Hadiah Anda Dapat Membantu?


Setiap hadiah yang dikongsi melalui Give 2 Gift akan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan menerusi pelbagai aktiviti dan program kemanusian yang telah dirangcang.

1. Hadiah Kesihatan & Lawatan Pesakit



Lawatan ke hospital untuk memberikan sokongan moral dan hadiah penjagaan kepada pesakit yang memerlukan dan juga pengagihan care packs yang mengandungi makanan berkhasiat, barangan kebersihan dan keperluan asas pesakit.  

2. Pengagihan Bubur Lambuk & Rezeki Ramadan


Pengedaran bubur lambuk kepada pesakit di hospital dan golongan memerlukan sebagai simbol kebersamaan dan kasih sayang sesama insan. 

3. Program Bersama Kanak-Kanak Kanser



Kanak-kanak akan diberi peluang memilih pakaian baharu dan menerima hadiah istimewa sempena Syawal yang bakal tiba.

4. Hadiah Harapan untuk Saudara Kita di Palestin



Penyedian rezeki Ramadan dan penjagaan kesihatan kepada masyarakat yang terkesan akibat konflik khususnya di Palestin.


Jadikan Ramadan 2025 Anda Lebih Baik!


Kami membuka peluang kepada anda untuk menjadi sebahagian daripada misi kebaikan ini dengan berkongsi rezeki melalui pakej berikut:


Seikhlas Hati - RM30
Pakej 2 -  Kongsi Rezeki RM50
Pakej 3 - Kongsi Rezeki RM100
Pakej 4 - Kongsi Rezeki RM150


Hadiah kecil anda mampu mengubah kehidupan mereka yang memerlukan.


"Orang yang membantu memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi keperluannya. Dan barang siapa menghilangkan satu kesulitan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan satu kesulitannya pada hari kiamat."

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej 4 - Kongsi Rezeki RM150
Pakej 3 - Kongsi Rezeki RM100
Pakej 2- Kongsi Rezeki RM50
RM30 Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN