URGENT!
7 Bulan Derita Jantung Berlubang,
Pembedahan Ramadan Ini!
Afeeya ditahap kritikal.
Salur darah pada paru-parunya semakin sempit. Tanpa pembedahan segera Afeeya berisiko untuk mati! Bantu dia kumpul RM55,000 segera.
Segalanya Bermula Setelah Afeeya Terjatuh
Malang tidak berbau apabila suasana ceria di rumah bertukar panik setelah Afeeya terjatuh dari dukungan.
Si kecil itu terus meraung dengan sangat kuat. Suasana semakin cemas apabila wajah Afeeya menjadi kebiru-biruan!

Afeeya terus dikejarkan untuk membuat pemeriksaan ECHO apabila doktor mendapati nafasnya laju dan bunyi jantungya tidak normal.
Alangkah terkejutnya, doktor mendapati ada lubang sebesar 1cm pada jantungnya! Salur darah pada paru-parunya sempit sehingga menyebabkan tekanan tinggi.
Kedua-dua ibu dan ayah Afeeya tergamam, anak yang disangka sihat rupanya sudah tujuh bulan menghidap jantung berlubang.
"Dibedah berisiko mati, tak dibedah pun berisiko mati"
Ekoran risiko yang tinggi untuk pembedahan, kebanyakan hospital hanya mencadangkan pengambilan ubat semata-mata. Pembedahan boleh menyebabkan pembuluh darahnya pecah dan meragut nyawanya.
Dalam pada itu, ubat juga tidak mampu menyembuhkan Afeeya. Sekiranya tidak dibedah, dia juga perlu menanggung risiko saluran darah menjadi semakin sempit.

Kedua-dua keputusan mempunyai risiko yang sama. Namun, ibu bapa Afeeya sedikitpun tidak berputus asa.
Mereka akhirnya dipertemukan dengan hospital pakar yang boleh menjalankan pembedahan untuk Afeeya. Pakar menyarankan pembedahan dengan kadar segera!

*Lebihan kos pembedahan akan ditanggung oleh pihak MyFundAction
Afeeya Perlukan RM50K untuk Pembedahan!
Afeeya semakin kritikal. Tanpa pembedahan, salur darah akan semakin sempit, tekanan paru-paru semakin tinggi, pernafasan semakin sukar, mudah untuk pengsan dan paling menakutkan, MAUT.
Namun, cabaran terbesar adalah mendapatkan kos rawatan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Kos Keperluan Afeeya
Kos Pembedahan (RM 50,000)
(RM 250/ bahagian)
(RM 125/ bahagian)
(RM 100/ bahagian)
Susu Formula Khas & Pampers (RM 5,000)
(RM 50/ bahagian)
*Bantuan berterusan selama 6 bulan
Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa puteri kesayangan mereka.
Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?
Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)
Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
Disclaimer:
1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai. 4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit