Kongsikan Rezeki, Hilangkan Kelaparan.
Tahun ini, kita menyasarkan 270,000 pek Qurban Ready-To-Eat ini dapat diagihkan dalam ratusan misi kemanusiaan yang akan dijalankan.
Mudah-mudahan daripada edaran itu nanti, puluhan ribu keluarga yang sedang kelaparan akan beroleh kekuatan untuk bertahan.
Mudah-mudahan daripada edaran itu nanti, puluhan ribu kanak-kanak yang sudah berhari-hari tidak menjamah makanan, dapatlah merasa sedikit kekenyangan.
Mudah-mudahan, apa yang kita kongsikan ini, menjadi salah satu daripada amal-amal yang diterima Tuhan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ
“Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”
Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad (5/451)